Saturday, November 12, 2011

~Bila sakit...


Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah, Allah masih memberi kesempatan untuk diri saya meng"update" post dalam blog ni, walaupun dh sekian lama ia dibiarkan sunyi dan sepi..Beberapa hari yang lepas kita baru saje menyambut hari raya Aidiladha. Nak dijadikan cerita bersempena umat islam menjalani ibadah qurban dimerata-rata tempat (termasuklah di rumah saya di Kelantan, seorang sahabat dah pun mengingatkan, "jangan makan daging banyak2, w/pun itu fevret anda.."..huhu,saya bukan jenis yg mendengar nasihat kalau bab makan nie, jadi kebetulan petang raya pertama keluarga sibuk uruskan daging qurban, saya jugak sibuk merebus daging utk dimakan dengan air asam. Ya Allah, nikmat kesedapan daging cecah air asam sedap tak terkata sampai abes satu periuk sederhana kecil daging rebus itu dimakan..malam nya mulalah pening kepala, sakit badan. Keesokan harinya, saya demam. Mungkin sakit itu kifarah dosa yang lalu...hampir 3 hari demam.Makan pun tidak kecuali bubur nasi yang dimasak dikongsi bersama anak saudara berumur 8 bulan..huhu,jadi budak kecik balik. Bila teringat je kat daging, duk geleng kepala je, teringin pun tidak nak makan. Asyik tidur, makan ubat,makan bubur. Moral of da story nya, ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara..sihat sebelum sakit salah satunya. Namun, Alhamdulillah Allah beri nikmat sakit, sekurang-kurangnya saya masih merasakan saya hanyalah seorang hambaNya~


Friday, October 8, 2010

~Abe Ngah nga U-ah~

Tuesday, August 17, 2010

~SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK..Ramadhan Kareem~

~let it shine picture by Deviant Art

~Semoga ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya~

“Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas umat sebelum kamu supaya kamu bertakwa” surah Al-Baqarah, ayat 183.

Saat saya mencoret sedikit perkongsian hari ini, saya berada di Pejabat Baru Majlis Perwakilan Pelajar selepas diskusi bersama Tn Hj. Semanat Pengarah bagi Pembangunan Keusahawanan Universiti. Diskusi tersebut adalah berkaitan pemupukan budaya keusahawanan dalam kalangan mahasiswa UMT dan cara untuk memeriahkan UMT dengan budaya ini. Namun, bukan ini yang saya ingin kongsikan..

Alhamdulillah, hari ni merupakan hari ke 7 kita melaksanakan ibadah puasa, saya fikir belum terlambat rasanya untuk saya mengucapkan kepada seluruh muslimin muslimat SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DENGAN SEBAIKNYA. Moga-moga ramadhan kali ini adalah yang terbaik dari yang paling baik sebelum ni. Ayat dari surah Al-Baqarah ayat 183 seringkali kita dengari bila sahaja menjelmanya bulan Ramadhan Al-Karim, ayat yang sentiasa diulang-ulang sama ada oleh sahabat-sahabat kita mahupun penceramah di masjid dan surau, yang berkaitan kewajipan kita dalam melaksanakan ibadah puasa yang mana tidak boleh tidak, kita selagi mana memegang “pass” sebagai seorang muslim wajib untuk berpuasa.

Sewaktu tazkirah sebelum teraweh beberapa hari yang lepas, seorang ustaz ada menyebut bilamana Allah sudah tetapkan suatu hukum wajib bagi melaksanakan sesuatu ibadah, kita sebagai hambaNya sama sekali tidak boleh mempersoalkan kenapa dan mengapa mesti dilaksanakan kewajipan itu. Apabila kita mempersoalkan bukankah kita mempersoalkan perintah Allah? Layakkan kita yang hanya manusia biasa yang lagi hina pada pandangan Allah untuk mempersoalkan yang Maha Agung? Kita langsung tidak dibenarkan untuk mempersoalkan segala perintah Allah sama ada dari sudut ibadah mahupun hukum-hakam yang telah Allah tetapkan.

Pada malam pertama teraweh di Kolej Kediaman, ruang solat yang disediakan tidak mencukupi untuk para jemaah solat, ada yang terpaksa menghamparkan sejadah di atas lantai ruang yang selebihnya. Ini baru teraweh yang pertama. Tapi bila dah masuk teraweh seterusnya, jumlah jemaah solat makin berkurang, kenapa agaknya? Ini belum lagi sampai 10 malam yang terakhir, hanya 2 saaf sahaja yang tinggal. Kebiasaan yang berlaku di sini, mungkin kerana kekangan masa; kelas malam,assignment yang menyebabkan terjadinya situasi sebegini..Semoga Allah menetapkan hati kita semua dalam menjalankan ibadah dengan istiQamah bukan hanya pada bulan ini sahaja malah untuk seumur hidup kita..Kita juga sedia maklum, keseluruhan hari dalam bulan ini diberkahi oleh Allah s.w.t dan digalakkan untuk memperbanyakkan amal ibadah dan senantiasa bertaubat kerna pintu syurga Allah dibuka seluas-luasnya oleh Yang Maha Pemurah. Oleh itu, jom kita semua “berpesta ibadah” sempena bulan promosi pahala dan keampunan ini dan diberi peluang oleh Allah untuk menemui malam “MEGASALE” iaitu malam LAILATULQADR..

Renung-renungkan bersama dan selamat beramal.

~Saya Budak Baru Belajar~

Salah silap sila tegurkan.

Saturday, June 26, 2010

First Performance..~

GRADUAN BERETIKET II

Program pertama yang kami sertai setelah diberi mandat sebagai Pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar UMT 09/10. Graduan Beretiket II yang diadakan di M Suite Hotel, Johor Bharu anjuran Kolej Pendeta Zaaba UKM dgn tema "Etiket menjana Graduan Berintegriti". Mendedahkan cara atau etika sebagai seorang pemimpin.

Antara pendedahan yang diberikan adalah :
1) Cara komunikasi
2) Etiket makan
3) Grooming
4) Sesi temuduga

Motto saya:
"Mahasiswa berintelektual pemacu kecemerlangan varsiti"

~saya budak baru belajar~
Sila tegur mana yang salah..

Saf Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar UMT 09/10


Belakang Dari Kiri : Nurul Asma, Syukriah, Purnima, Mohd Khairillah, Mohd Harith, Mohd Sufian, Mohd Zhafri, Qairunnisak, Rafidah
Depan Dari kiri : Ang Shy Han, Nur Athifah, Mohd Firdaus, Fatin Fatma, Mohd Solleh

Thursday, June 24, 2010

What is LOVE?

Today we share about the meaning of the 'LOVE'..

"Dan apabila org-org yg beriman kpd ayat-ayat Kami datang kpdmu, maka katakanlah, "Salamun 'alaikum (selamat sejahtera utk kamu). "Tuhanmu telah menetapkan sifat kasih sayang pada diriNya, iaitu barangsiapa berbuat kejahatan di antara kamu kerana kebodohan, kemudian dia bertaubat setelah itu dan memperbaiki diri, maka Dia Maha Pengampun, Maha Penyayang"
Al-an'am : 54


From each words of LOVE
:

Lucky


Being lucky as a Muslim. Learn the meaning of love in Islam is beautiful. I love Allah, Prophet Muhammad s.a.w, my parents, family and all my Muslim sisters and brothers.

Obey

Obey the rules in Al-Quran and As-Sunnah, we will surely get the perfect blissful life. There are many things that I learnt in Al-Quran and As-Sunnah, including love. As we know, Islam is a religion that loves peace.

Vow

Vowing that there is no god but Allah, Muhammad is the Messenger of Allah. Only Allah is The One who we cannot forget. He is always watching us and always cares about us.

Effort

Love is an effort to get the meaningful life. Always caring and being honest is a vital in love. We need to be caring and honest with our brothers and sisters in Islam and to all people all around the world.

That is LOVE, which will always makes us smile and happy, always in our heart, forever and ever...InsyaAllah.


Post ni di "kidnapped" hak seorg hamba Allah, sebab menarik utk dikongsi..
Sabda nabi Muhammad"Dan sampaikanlah dariku walau sepotong ayat"
~Saya budak baru belajar~
Sila tegur mana yg salah..

Tuesday, June 22, 2010

Mari menilai tahap kematangan diri..


Bermula dengan coretan hikayat yang benar kerna tiada yang benar melainkan yang benar belaka..once upon a time…
Ada seorang sahabat saya pernah memberitahu kpd sy,”anda sudah matang”
Tiba2 saya terkesima, dan terfikir serta meng’analisis’ diri sendiri mencari dimana punca kematangan saya yg dilihat oleh sahabat tersebut. Lama. Masa yang diambil untuk mencari jawapan yang belum tentu saya temui. Iyalah kan, pandangan orang lain terhadap diri kita sudah pasti seribu kali berbeza dengan pandangan kita terhadap diri sendiri. Bukan kita tak kenal diri kita, tetapi orang sekeliling boleh menilai mengikut pemerhatian mereka tehadap sikap dan tingkah laku kita. Ini kerana pendapat atau kritikan sekurang-kurangnya boleh membantu memperbaiki diri ke arah yg lebih baik.
Kematangan seseorang boleh ditakrifkan dalam pelbagai sudut penilaian. Dari cara kita berfikir dan mengeluarkan pendapat serta menyampaikan maklumat, juga bagaimana kita mengawal sesuatu situasi/emosi hatta cara pertanyaan kita boleh dinilai sebagai aspek kematangan diri.
Sewaktu di sekolah menengah, cikgu saya pernah mengatakan “anda akan dikira matang bilamana anda berjalan dikhalayak ramai, dalam masa tersebut anda tidak ‘perasan’ bahawa anda menjadi tumpuan orang ramai”…betul ke? Ini adalah penilaian seorang guru tentang kematangan diri..
Saya ada terbaca artikel tulisan seorang hamba Allah berkaitan dengan tanda-tanda kematangan diri dari satu laman web yang terkenal menyatakan..anda dikira matang sekiranya:

• Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai. Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa. Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung

• Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka. Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat. Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.

• Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda. Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya. Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

• Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang. Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati. Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.

• Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif. Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna. Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.

~Mari menjadi matang~
Sila tegur mana yg perlu..
Kerna..
Saya budak baru belajar..


 
Copyright © 2010 ~Secalit Tinta..~ | Design : Noyod.Com