Tuesday, August 17, 2010

~SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK..Ramadhan Kareem~

~let it shine picture by Deviant Art

~Semoga ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya~

“Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas umat sebelum kamu supaya kamu bertakwa” surah Al-Baqarah, ayat 183.

Saat saya mencoret sedikit perkongsian hari ini, saya berada di Pejabat Baru Majlis Perwakilan Pelajar selepas diskusi bersama Tn Hj. Semanat Pengarah bagi Pembangunan Keusahawanan Universiti. Diskusi tersebut adalah berkaitan pemupukan budaya keusahawanan dalam kalangan mahasiswa UMT dan cara untuk memeriahkan UMT dengan budaya ini. Namun, bukan ini yang saya ingin kongsikan..

Alhamdulillah, hari ni merupakan hari ke 7 kita melaksanakan ibadah puasa, saya fikir belum terlambat rasanya untuk saya mengucapkan kepada seluruh muslimin muslimat SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DENGAN SEBAIKNYA. Moga-moga ramadhan kali ini adalah yang terbaik dari yang paling baik sebelum ni. Ayat dari surah Al-Baqarah ayat 183 seringkali kita dengari bila sahaja menjelmanya bulan Ramadhan Al-Karim, ayat yang sentiasa diulang-ulang sama ada oleh sahabat-sahabat kita mahupun penceramah di masjid dan surau, yang berkaitan kewajipan kita dalam melaksanakan ibadah puasa yang mana tidak boleh tidak, kita selagi mana memegang “pass” sebagai seorang muslim wajib untuk berpuasa.

Sewaktu tazkirah sebelum teraweh beberapa hari yang lepas, seorang ustaz ada menyebut bilamana Allah sudah tetapkan suatu hukum wajib bagi melaksanakan sesuatu ibadah, kita sebagai hambaNya sama sekali tidak boleh mempersoalkan kenapa dan mengapa mesti dilaksanakan kewajipan itu. Apabila kita mempersoalkan bukankah kita mempersoalkan perintah Allah? Layakkan kita yang hanya manusia biasa yang lagi hina pada pandangan Allah untuk mempersoalkan yang Maha Agung? Kita langsung tidak dibenarkan untuk mempersoalkan segala perintah Allah sama ada dari sudut ibadah mahupun hukum-hakam yang telah Allah tetapkan.

Pada malam pertama teraweh di Kolej Kediaman, ruang solat yang disediakan tidak mencukupi untuk para jemaah solat, ada yang terpaksa menghamparkan sejadah di atas lantai ruang yang selebihnya. Ini baru teraweh yang pertama. Tapi bila dah masuk teraweh seterusnya, jumlah jemaah solat makin berkurang, kenapa agaknya? Ini belum lagi sampai 10 malam yang terakhir, hanya 2 saaf sahaja yang tinggal. Kebiasaan yang berlaku di sini, mungkin kerana kekangan masa; kelas malam,assignment yang menyebabkan terjadinya situasi sebegini..Semoga Allah menetapkan hati kita semua dalam menjalankan ibadah dengan istiQamah bukan hanya pada bulan ini sahaja malah untuk seumur hidup kita..Kita juga sedia maklum, keseluruhan hari dalam bulan ini diberkahi oleh Allah s.w.t dan digalakkan untuk memperbanyakkan amal ibadah dan senantiasa bertaubat kerna pintu syurga Allah dibuka seluas-luasnya oleh Yang Maha Pemurah. Oleh itu, jom kita semua “berpesta ibadah” sempena bulan promosi pahala dan keampunan ini dan diberi peluang oleh Allah untuk menemui malam “MEGASALE” iaitu malam LAILATULQADR..

Renung-renungkan bersama dan selamat beramal.

~Saya Budak Baru Belajar~

Salah silap sila tegurkan.

1 comments:

MAI89 said...

slamat berpuasa to u too..
=)

Post a Comment

 
Copyright © 2010 ~Secalit Tinta..~ | Design : Noyod.Com