Tuesday, June 22, 2010

Mari menilai tahap kematangan diri..


Bermula dengan coretan hikayat yang benar kerna tiada yang benar melainkan yang benar belaka..once upon a time…
Ada seorang sahabat saya pernah memberitahu kpd sy,”anda sudah matang”
Tiba2 saya terkesima, dan terfikir serta meng’analisis’ diri sendiri mencari dimana punca kematangan saya yg dilihat oleh sahabat tersebut. Lama. Masa yang diambil untuk mencari jawapan yang belum tentu saya temui. Iyalah kan, pandangan orang lain terhadap diri kita sudah pasti seribu kali berbeza dengan pandangan kita terhadap diri sendiri. Bukan kita tak kenal diri kita, tetapi orang sekeliling boleh menilai mengikut pemerhatian mereka tehadap sikap dan tingkah laku kita. Ini kerana pendapat atau kritikan sekurang-kurangnya boleh membantu memperbaiki diri ke arah yg lebih baik.
Kematangan seseorang boleh ditakrifkan dalam pelbagai sudut penilaian. Dari cara kita berfikir dan mengeluarkan pendapat serta menyampaikan maklumat, juga bagaimana kita mengawal sesuatu situasi/emosi hatta cara pertanyaan kita boleh dinilai sebagai aspek kematangan diri.
Sewaktu di sekolah menengah, cikgu saya pernah mengatakan “anda akan dikira matang bilamana anda berjalan dikhalayak ramai, dalam masa tersebut anda tidak ‘perasan’ bahawa anda menjadi tumpuan orang ramai”…betul ke? Ini adalah penilaian seorang guru tentang kematangan diri..
Saya ada terbaca artikel tulisan seorang hamba Allah berkaitan dengan tanda-tanda kematangan diri dari satu laman web yang terkenal menyatakan..anda dikira matang sekiranya:

• Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai. Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa. Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung

• Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka. Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat. Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.

• Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda. Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya. Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

• Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang. Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati. Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.

• Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif. Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna. Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.

~Mari menjadi matang~
Sila tegur mana yg perlu..
Kerna..
Saya budak baru belajar..


0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2010 ~Secalit Tinta..~ | Design : Noyod.Com